Friday, July 18, 2008

DNA ANWAR???



Episod memalukan dlm sejarah malaysia!!!

Persoalan mula timbul bila pihak polis dan ahli parlimen Rembau mahukan DNA Anwar sedangkan sampel DNA Anwar sudah sedia ada dalam simpanan pihak berkuasa sejak 1998.

Semalam, DSAI tidak membenarkan Hospital Kuala Lumpur dan PDRM mengambil sampel DNAnya.

Anwar juga menolak pemeriksaan kesihatan menyeluruh dijalankan ke atas dirinya.

Anwar dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 9.45 pagi tadi. Beliau keluar dari IPK Kuala Lumpur melalui pintu belakang dan terus pulang ke rumahnya di Segambut.

Peguam Anwar turut mengesahkan yang Anwar tidak memberikan sampel DNAnya kepada pihak polis selepas dinasihati untuk berbuat demikian kerana peguamnya itu bimbang DNA Anwar akan dimanupulasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam sidang media Anwar sebentar tadi, Anwar berkata beliau telah ditelanjangkan sewaktu menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi.

Menurutnya, seluruh badan beliau diperiksa, termasuk bahagian sulitnya.

Secara berseloroh, beliau berkata, mereka juga "ukur mana yang perlu" dan beliau "ikut semuanya (arah doktor)".

Katanya, beliau juga enggan membenarkan gambarnya diambil "kerana ia mungkin disiarkan dalam YouTube".

Menurut mantan timbalan perdana menteri itu lagi, beliau juga enggan darahnya diambil sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan tersebut.

Sebelum dibawa ke HKL, katanya, pegawai-pegawai polis berpangkat ACP dan SAC II memberi jaminan beliau boleh dibebaskan malam tadi juga, dengan ikat jamin polis, selepas menjalani pemeriksaan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak bebaskan malam tadi dan terpaksa tidur di atas simen dalam lokap di tingkat tujuh bangunan IPK itu.

Hanya pada kira-kira 1 tengah malam, isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail datang membawa tuala sebagai alas tidur.

Beliau juga mempersoalkan mengapa pihak polis enggan memberi salinan laporan Mohd Saiful terhadapnya.

Katanya, beliau bertanya perkara itu dan polis hanya menjawab "diarahkan tidak boleh bagi laporan (kepada Anwar)".

"Siapa yang arah? Timbalan perdana menteri atau isterinya (media ketawa), atau ketua polis negara?" katanya.

Sehubungan itu, Anwar menyuarakan kebimbangannya mengenai kemungkinan laporan tersebut dipinda selepas polis mengambil kenyataannya malam tadi.

"Saya rasa tak selesa, saya tidak ditunjukkan report (pengadu) itu, mungkin pindaan dibuat, dipinda, dipinda, dipinda, mungkin selepas statement saya dibuat, mungkin laporan itu akan dipinda," katanya.

Katanya, ini kerana siapakah yang boleh membuktikan nanti bahawa laporan itu adalah yang asli.

Persoalannya kini, ada apa dengan DNA Anwar?


No comments: