Tuesday, July 15, 2008

Macam mana SAIFUL BUKHARI boleh bekerja dengan Anwar ?

Walaupun tidak dijelaskan apakah jenis pekerjaan, tetapi mangsa mengatakan dia bekerja dengan majikannya Ketua Umum PKR. Walaupun tidak dinyatakan lokasi pekerjaannya namun boleh diandaikan, dia bekerja di pejabat Anwar (seksyen 16), atau pejabat PKR (bangunan baru) atau di luar lokasi pejabat, sebagai pekerja bebas tetapi masih menghantar laporan harian kepada majikannya.

Persoalan-persoalan itupun sudah misteri kerana pelbagai andaian boleh dibuat sekiranya hanya menggunakan terma 'pekerja' dan 'majikan'.

Persoalan yang lebih misteri, bagaimanakah mangsa boleh bekerja dengan Anwar dan bagaimanakah cara dia diambil, sedangkan Anwar terkenal sebagai seorang tokoh yang amat cermat memilih pegawai-pegawainya yang sebelum ini masing-masing berlumba-lumba mengambil hati Anwar untuk digelar 'pewaris dairi merah'.

Maksud 'pewaris diari merah' adalah orang yang paling rapat dengan Anwar. Semasa Anwar jadi TPM, 'pewaris dairi merah' adalah Azmin Ali. Semasa Anwar, Ketua Umum PKR, diwarisi pula oleh Nik Nazmi Nik Ahmad.

Maksudnya 'pewaris dairi merah' adalah Setiausaha Sulit Anwar yang bertanggungjawab mencatat segala jadual dan aktiviti Anwar.

Tiga orang pegawai setia Anwar. Dari kiri Nurul Izzah,Sim Tze Tzin dan Nik Nazmi Nik Ahmad (pewaris terakhir 'dairi merah'). Nik Nazmi, bekas aktivis pelajar UKEC, UK dikatakan paling berpengaruh dan penyusun strategi anak muda. Sebab itu beliau dilantik SETPOL MB Selangor, walaupun telah memmpunyai sumber pendapatan sebagai ADUN PKR.Bermakna beliau mempunyai dua sumber pendapatan. Kehebatan Nik Nazmi dihikayatkan bahawa beliau sanggup bayar secara tunai kepada penajanya PNB yang pernah taja pengajiannya di UK, semata-mata untuk berkhidmat dengan Anwar. Banyak betul duitnya.


Anwar sudah ada pegawai-pegawai setianya termasuk Nik Nazmi Nik Ahmad (pewaris terakhir 'dairi merah'), Nurul Izzah (anaknya), Sim Tze Tzin, Ginnie Lim, Lee Khai Long, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (Jonah) dan ramai lagi anak-anak muda yang telah terbukti kesetiaan dan mampu diambil sebagai pekerja paling dipercayai Anwar.

Kalau Nik Nazmi sibuk sebagai SETPOL MB Selangor dan ADUN, kenapa tidak diambil Jonah atau Ginnie Lim calon PKR yang kalah dalam PRU baru-baru ini ? Kenapa pula Anwar sangat berminat mengambil 'mangsa' yang masih mentah dan sebelum ini lebih terkenal sebagai penyokong kerajaan?

Sudah tentu pengakuan mangsa sebagai pekerja Anwar akan menimbulkan polemik, kerana masih ramai lagi pekerja-pekerja muda yang lebih berjasa berlumba-lumba untuk menawan hati Anwar dan menempatkan diri sebagai 'pewaris dairi merah'. Malah sudah timbul perbalahan di kalangan sesama sendiri yang mendakwa mereka lebih setia dan lebih bekorban untuk parti.

Bukan rahsia lagi, Jonah terasa jauh hati apabila dipinggirkan selepas tewas melawan Najib di pekan.

Apatah lagi apabila muncul 'watak' baru yang dikenali sebagai Saiful Bukhari Azlan, yang baru sahaja bekorban dan menyumbang kepada parti. Ketika Jonah berdemontrasi lawan polis, Saiful Bukhari masih turun naik ke pejabat tokoh-tokoh negara untuk bergambar. Jadi wajarkah Saiful digelar sebagai 'pekerja setia' kepada Anwar ?

Malah sebelum ini, sudah kecoh laporan mengenai latar belakang 'kepartian' Saiful dibuat oleh pekerja-pekerja muda PKR yang setia kepada Anwar. Tetapi, Anwar masih mengambil 'mangsa' itu sebagai pekerjanya. Kenapa ?

No comments: