Friday, July 4, 2008

LUAHAN HATI "MANGSA" LIWAT


Saiful Bukhari said...

Satu lagi,

Untuk pengetahuan semua pelajar-pelajar UNITEN yang saya rindui dan kasihi, semalam saya baru sahaja memohon kepada pihak Uniten untuk membenarkan saya menamatkan pengajian a.k.a berhenti.

Saya membuat keputusan setelah saya berfikir panjang("setahun")dan mendengar nasihat dari pelbagai pihak.

Untuk pengetahuan semua, keputusan peperiksaan saya amat teruk semasa saya berada didalam MPP. Sem 1 06/07 GPA 1.0, Sem 2 GPA 0.8 dan CGPA saya sekarang 1.69.

Secara logiknya, untuk saya menaikkan CGPA saya dan menamatkan pengajian ia akan memakan masa selama 5 semester = 2 1/2 tahun lagi. Jadi bagi saya, ia tidak berbaloi.

Semenjak dari kecil cita-cita saya bukan seperti yang saudara-saudari sangkakan iaitu menjadi seorang ahli Politik. Tetapi cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang PILOT(Juruterbang). Saya mengambil bidang ini pon kerana pada ketika itu Allahyarhamah ibu saya sakit tenat, beliau sudah menyimpan wang untuk saya mencapai cita-cita saya tetapi pada ketika itu wang itu terpaksa digunakan untuk menanggung kos perubatan.

Pada ketika itu, yang ada didepan mata hanyalah tawaran pinjaman Yayasan Tenaga Nasional dalam bidang kejuruteraan. Jadi saya tidak mempunyai pilihan dan terpaksalah menerima tawaran itu.

Tetapi jauh disudut hati, memang saya telah tekad, Selepas sahaja saya menamatkan ijazah, saya akan cuba sedaya upaya juga untuk menjadi seorang juruterbang.

Allamdulillah, mungkin berkat doa ibu saya yang kini berada dialam barzakh dikabulkan. Saya telah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus dalam bidang penerbangan di Asia Pacific Flight Training di Kota Bharu. Saya akan masuk pada JUN 2008 dan dijangka tamat pada DEC 2009. =)

Kalau nak cerita lagi panjang tapi cukup setakat sini sahajalah. Lagipun ni bukan blog saya, saya menumpang je.. =P

Jadi, adakah impian atau agenda saya selama ini benar seperti yang saudara Najwan war war kan? Anda sahaja lah yg tafsir dan fikirkan.

Sekali lagi, saya tidak menyalahkan saudara Najwan kerana beliau tidak tahu dan tidak rapat dengan saya. Sesiapa pun akan menganggap saya ni mempunyai cita-cita politik.

Bagi saya tak salah berbaik dengan sesiapa pon. Saya adalah jenis orang yang tidak suka bermusuh. Lagi ramai kenalan, tak kiralah Menteri, Pemimpin Pembangkang, gangster atau tukang sapu sampah sekali pon, suatu hari tanpa disangka orang-orang ini lah yang dapat membantu kita.

Kesimpulannya, rapatkan silaturrahim sesama manusia dan elakkan bermusuhan sesama manusia.

Sekian,

Saiful Bukhari.

p/s: Maafkan saya pelajar-pelajar Uniten yang saya kasihi dan rindui.

No comments: